Isnin, 28 Disember 2009

Program Berjalan Dengan Lancar!

Alhamdulillah, program telah berjalan dengan baik tanpa ada sebarang perkara yang tak diingini berlaku.

Kita akan upload gambar dalam masa terdekat, harap sudi berkongsi foto dan cerita......

Rabu, 23 Disember 2009

Chalet!


Ada pengembara singgah berteduh dari hujan...

Cintai Alam Semulajadi



Alam semulajadi wajar dipelihara.

Sungai Di Sebelah Perak



Suka Sungai?... no problem, we shall cross a few!

Batu Gajah! - Boleh Ditemui Di Laluan Trek



Batu Gajah, Batu Hidang dan pelbagai

Gambar Terkini Trek Bakal Dilalui



Isnin, 21 Disember 2009

Program di MHI semalam

Betul... program keluar di MHI semalam (21/12/2009). jam 7.00-7.30pg.

Musim Angin Telah Tiba!

Salam,

Kepada yang mungkin baru dengan cuaca sekitar Ulu Slim. Angin bertiup boleh dikatakan 24 jam sekarang dari banjaran titiwangsa ke arah pekan slim. Suasana yang nyaman, dan sejuk diwaktu malam.

Tiupan angin kering ini adalah lumrah bagi kawasan ulu slim/rasau dan sekitarnya untuk tempoh disember hingga januari, kata orang dari lubang angin di kawasan geleting.

Selain kolam air panas, terdapat juga beberapa tempat sepanjang sg slim yang ada mata air panas... ada 2/3 tempat disekitar tapak perkelahan kalau tak silap.

Urusetia sudah bersedia.... harap anda juga. Pastikan jaga kesihatan..

Khamis, 10 Disember 2009

The Committee - Work Hard For You





Pening kepala memikirkan yang terbaik.....

Selepas 5 Tahun!




Pada tahun 2004, seramai 120 peserta melalui denai ini. Kini 250 orang telah mendaftar, dan bilangan semakin bertambah! Moh join!....

Lata Lembik ..... banyak batu...


The Camping Sites, ...refreshing

Sabtu, 31 Oktober 2009

Keselamatan


1 SEMUA peserta yang akan mengikuti program ini WAJIB mengambil insuran (kelompok). Perkara ini akan diuruskan sendiri oleh PBSV.

2 Khidmat RELA dan Askar WATANIAH serta PDRM akan diperlukan bagi mengawal keselamatan semua peserta khususnya semasa merentasi hutan dan disepanjang program umumnya.

3 Khidmat Jabatan Kesihatan dan PBSM akan diperlukan bagi bantuan kecemasan disepanjang masa program ini.

4 Kebenaran bertulis serta khidmat bantuan daripada Jabatan Perhutanan adalah turut diperlukan.

5 Khidmat jurupandu daripada kaum orang asli adalah diperlukan. Keperluan ini melibatkan kerjasama daripada jabatan hal ehwal orang asli (JHEOA)

Misi Program


1 Mendedahkan para belia dengan kekayaan alam, kekayaan flora dan fauna yang dimiliki negara di samping menjadikan alam salah satu sumber besar ilmu.

2 Menyingkap serta menghayati sejarah terutama tentang kepayahan yang dilalui oleh pejuang-pejuang bangsa pada masa lalu secara simbolik melalui cabaran menjelajahi denai-denai lama mereka.


3 Mendedahkan para belia dengan aktiviti lasak dan mencabar yang akan menjana kecergasan fizikal dan minda, disamping menjadi gelanggang untuk membina ikatan berkumpulan.

4 Memberi ruang dan peluang untuk ahli-ahli belia mengasah bakat kepemimpinan dengan menganjurkan sendiri program besar yang tidak hanya melibatkan ahli-ahli persatuan tetapi masyarakat luar daripada pelbagai lapisan dari dalam dan luar negeri Perak.

Visi Program

1 Menyahut seruan kerajaan untuk membina generasi belia yang mempunyai semangat jatidiri yang tinggi.

2 Menyahut seruan kerajaan untuk membina generasi belia yang memiliki semangat patriotisme dan nasional yang tinggi.

3 Melahirkan ahli-ahli belia yang cergas dan cerdas serta bebas dari sebarang aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.

4 Membina dan mewujudkan dasar kepimpinan persatuan belia agar “Mesra Belia” dengan menitikberatkan keperluan mengadakan program yang menepati kehendak semasa ahli-ahli belia.

Selasa, 27 Oktober 2009

Pengenalan Program

PROGRAM JELAJAH BELIA : MERENTASI DENAI RAJA ASAL – MAT KILAU adalah program lanjutan daripada program ekspedisi tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah serta badan-badan lain sebelum ini. Walau bagaimanapun, program ini yang julung kalinya dianjurkan oleh satu persatuan belia akan menampilkan kelainan dengan mengadakan pengisian-pengisian yang lebih bermakna, khususnya kepada ahli-ahli Persatuan Belia Slim Village (PBSV). Dengan jumlah keahlian yang melebihi 100 orang PBSV akan mengambil cabaran untuk menganjurkan program ini dan akan menjadikannya program terbaik dalam senarai aktiviti PBSV, insyaAllah.